Masker Timun

 

timun

Timun sebagai masker wajah

Ada banyak cara untuk mendapatkan kulit wajah yang halus dan segar. Tak semestinya mahal, cuba saja manfaatkan khasiat timun untuk masker wajah.

Caranya mudah saja, ambil 2-3 biji timun lalu diparut, kemudian sapukan  parutan timun ke wajah.

Masker timun boleh juga dibuat dengan mencampurkan parutan timun dengan  sedikit susu segar lalu diblend.   Sapukan bahan ini pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit. Setelah itu bilas dengan air suam.

Selain diparut untuk membuat masker, timun juga boleh dihiris nipis- nipis  kemudian disapu pada wajah. Untuk hasil yang maksima, lakukan kebiasaan ini  setiap hari. Masker timum ini mampu mengurangkan kedut dimuka dan dapat  membuat wajah kelihatan segar dan awet muda.

Timun mentah mengandungi  protein dan karbohidrat serta  vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.  Biji timun pula mengandungi banyak vitamin E dan sangat baik untuk kulit dan dapat mengurangkan kedutan diwajah.

Selain untuk kecantikan wajah, timun juga boleh dibuat jus untuk  minuman kesehatan dan dapat menyejukkan badan .   Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dlm darah kita.  Selain itu timun juga dapat menurunkan berat badan, kerana  timun mengandungi kalori yang sangat rendah dan kaya dengan  serat.

info : berbagai sumber

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 5 + 0

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck