Resepi Kek Coklat Dr Ezani

Seperti yang telah kita ketahui Dr.Ezani adalah juara MASTERCHEF MALAYSIA (MCM) untuk season pertama. Selepas dua bulan diangkat sebagai juara sulung MasterChef Malaysia, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto mengakui kehidupannya sudah banyak berubah.

Katanya, sebelum dia menyertai program realiti masakan popular dunia itu, dia begitu mudah untuk bergerak ke mana sahaja tanpa ada yang mengenali.

Namun, kini segala-galanya berubah sekelip mata. Dr. Ezani sendiri memberitahu dia perlu mengambil masa untuk mengadaptasi kepada kehidupan barunya sebagai seorang selebriti.

Dr Ezani

 


“Sekarang ke mana sahaja saya pergi orang akan menyapa dan mahu mengambil gambar. Ada kala saya merasakan diri ini seperti bermimpi pula kerana tidak menyangka akan melalui perjalanan sebagai seorang selebriti.

Dr Ezani

 

 

“Apa yang lebih membuatkan saya berasa rendah diri apabila ada pihak yang mengangkat diri saya sebagai seorang ikon. Sesungguhnya ia membuatkan saya benar-benar rasa terharu”.

 

Sumber : Ututsan Malaysia

Dibawah ini ada di sertakan resepi kek coklat kelapa dan angur oleh Dr. Ezani.

 

Kek Coklat Kelapa dan Angur – Ezani 

Kek Coklat Kelapa dan Anggur

Kek Coklat Kelapa dan Anggur

 

Bahan-bahan :

• 100gm Coklat Hitam

• 100gm Mentega

• 2 biji Telur Kuning

• ¼ cawan Gula Kaster

• ½ cawan Tepung Gandum

• 2 biji Telur Putih

• ½ cawan Kelapa Segar (diparut dan dibakar)

• 8 biji Anggur (dibelah separuh)

 

Bahan-bahan Sabayon Vanilla:

• 2 biji Telur Kuning

• 2 sudu besar Gula Kaster

• 2 titik Esen Vanilla

 

Cara-cara penyediaan Kek Coklat:

• Cairkan coklat dan mentega.

• Pukul telur kuning bersama gula sehingga kembang, gaulkan campuran coklat ke dalam telur kuning.

• Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.

• Pukul telur putih sehingga kembang dan masukkan telur putih yang telah kembang ke dalam adunan telur dan tepung tadi.

• Sediakan acuan kek dengan menyapu mentega di dalam acuan. Lapikkan bahagian bawah dengan kertas minyak, letakkan beberapa potongan anggur di dalam acuan.

• Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar kek dalam ketuhar 160C selama 15 minit.

 

Cara-cara penyediaan Sabayon Vanilla:

• Pukul telur kuning dan gula sehingga separuh kembang di dalam mangkuk.

• Masak telur kuning sambil tumis memukul di atas air mereneh (double boiler). Pukul sehingga telur kembang dan pekat.

• Masukkan vanilla dan kacau sehingga sebati.

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 5 + 4

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck