Resepi Coklat Ball dan Khasiat Coklat Untuk Kesihatan

Coklat mempunyai beberapa faedah kesihatan. Ia dapat memberi  tenaga dan mempunyai antioksidan yang boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.  Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

coklat
Coklat

Kajian penyelidikan telah mendapati bahawa apabila kita makan coklat bahan kimia tertentu yang terdapat pada coklat akan bertindak balas dalam badan kita dan akan membuatkan kita berasa senang dan gembira.  Atas sebab ini, coklat dianggap sebagai anti-depresan semulajadi sebab ia dapat memperbaiki mood kita.

Apabila kita terbayangkan ‘coklat’, kita akan berasa gembira dan tersenyum dan terbayang akan keenakan coklat…semua orang suka pada coklat.  Ia mempunyai rasa yang sangat sedap dan cair didalam mulut..emm sedapnya tak terkata.


Coklat dianggap sebagai makanan seimbang dan mempunyai beberapa faedah kesihatan antaranya ia dapat memberi  tenaga dan mempunyai antioksidan yang boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Coklat diperbuat dari biji koko.  Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi dan berupaya  menghalang pembiakan bacteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.

Koko kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko athersclerosis dan dapat mengurankan serangan penyakit koronari jantung.

Antioksidan polifenol yang terdapat di dalam koko boleh membantu menghilangkan penyakit kencing manis.

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan parut.

Kajian menunjukan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.

Sesetengah orang percaya bahawa coklat tidak baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan kafein. Hakikatnya adalah bahawa kandungan kafein dalam coklat sangatlah rendah berbanding kopi atau teh.

Sumber : Lembaga Koko Malaysia

Jom kita pergi beli coklat sekarang!  Saya tak sabar nak makan coklat.

Nanti dulu……saya ada satu resepi menggunakan coklat.  Nak tak?

Jom lihat resepi dibawah ini:

Resepi :  Bebola Coklat Peanut Butter 

Bahan (A)

1 cawan peanut butter
1 cawan (12 keping) biskut kraker

1 cawan icing sugar
½ cawan sirap gula

1 sudu kecil esen vanila

Bahan (B)

1 cawan coklat masakan

1 sudu makan butter

1.   Kepingan biskut dihancurkan dan jadikan satu cawan.

biskut hancur
Biskut dihancurkan

2.   Gaul semua bahan (A) hingga sebati.  Masak di atas api sebentar hingga menjadi kental.  Adunan akan berminyak sedikit

(minyak dari peanut butter) dan buang minyak yang berlebihan.

bahan coklat ball
Bahan bahan

3.   Ambil sedikit adunan dan bentukan bulat-bulat seperti bebola kecil.  Buat hingga habis.  Ketepikan.

bebola coklat
Coklat ball

4.   Sekarang cairkan bahan (B) – coklat masakan dan mentega dicairkan dengan menggunakan “double boiler”.

Kacau coklat sehingga cair.  Tutup api dan ketepikan.

5.   Ambil bebola tadi dan celupkan dalam coklat cair.

celupan coklat
celup dalam coklat cair

6.   Kemudian salutkan dengan kelapa kering.

7.   Letakkan bebola coklat ini dalam mini papercups.

8.   Sejukkan didalam peti sejuk selama 10 minit.   Siap dah….boleh makan dah…..yummy

coklat ball hias kelapa kering
Coklat ball dihias dengan kelapa kering

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 3 + 2

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck