Puding Kurma

puding kurma

puding kurma dan sos butterscotch

1 3/4 cawan Kurma (atau 23 biji kurma berat 300g) – (dilenyek halus)

1 1/2 cawan air  (satu setengah cawan)

1 sudu kecil soda bicarbonate

60g mentega

125g gula castor

2 biji telur ayam

1 cawan tepung naik sendiri* (diayak terlebih dahulu)

(*nota : jika tiada tepung naik sendiri tiada masaalah, boleh jer buat sendiri : Untuk 1 cawan tepung gandum biasa campurkan 1 sudu kecil baking powder).

 Cara Membuat

1. Panaskan oven pada suhu 180 Celcius.

2. Sapukan sedikit minyak pada acuan yang berukuran 20cm kemudian lapik bahagian bawah acuan (base) dengan kertas minyak.

3. Didalam periuk  masak air bersama kurma hingga menjadi agak pekat sedikit.

4. Angkat periuk dari api dan masukkan soda bicarbonate kedalam adunan kurma, digaul rata dan biarkan sejuk  selama lima minit.

5. Didalam mangkuk lain, putar mentega, gula dan telur hingga lembut dan gebu.

6. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.

7. Selepas itu masukkan pula adunan kurma yang telah dimasak tadi.

8. Setelah itu tuang adunan ini kedalam acuan yang telah dilapik tadi dan bakar didalam oven selama 40 hingga 50 minit.

9.Keluarkan pudding dari oven dan biarkan sejuk sebentar.  Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan dihidang bersama sos butterscotch.

Sos Butterscotch

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan cream

100g mentega

Cara membuatnya:
Gaulkan semua bahan dan masak diatas api hingga gula hancur. Gaul dan masak selama  tiga minit lagi.

Sumber   ~ The Star ~

 

Nota :  1) Untuk sos butterscotch saya guna separuh adunan saja.

            2) Saya gantikan cream dengan : 

               (2 sudu kecil susu pekat manis digaul bersama ¼ cawan air).

Dibawah ini ditunjukkan cara-cara bergambar:

kurma

kurma

kurma hancur    

kurma dilenyek halus

masak kurma

soda bicarbonate dan adunan kurma

mentega, gula dan telur

mentega, gula dan telur diputar

campur tepung

campur tepung

 

 

 

 

 

 

gaul dgn kurma

gaul dengan kurma

siap untuk dibakar

siap untuk dibakar

 

siap masak

Dah masak

Nah..senang jer buat puding kurma ni.

Nak buat sos butterscotch pun lagi senang …..tak sampai lima minit pun.

Puding ini sangat lembut dan gebu tapi mesti makan dengan sos butterscotch..tersangat lah sedap !!!!

Nak ucap terima kasih pada “The Star” paper kerana memberi  resepi ini yang memang tulin …pasti menjadi bila dicuba.

Penulis :  Rose, Kuala Lumpur

 

 

 

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 3 + 3

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck