Khasiat Buah Kurma

Buah kurma memang penuh dengan khasiat. Buah kurma rasanya manis dan mengandungi karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Ia juga mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Oleh karena itu kurma amat sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan khasiat dari karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma.

Dengan memakan buah kurma semasa berbuka puasa tubuh akan mendapat tenaga segera dan badan menjadi segar.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, (mengikut nafsu) tetapi masih terasa letih dan tidak bertenaga.  Ini kerana makanan yang diambil terlalu banyak mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta, dan inilah puncanya apabila selesai makan, mata mula terasa mengantuk.

Ramai dikalangan kita belum pernah melihat pokok kurma.  Pokok kurma  kebanyakannya tumbuh di negara-negara Arab dan tergolong sebagai tanaman  jenis “palm”  seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.  Sila lihat gambar dibawah ini :

 

Buah kurma lazimnya sudah manis akan tetapi kurma menjadi lebih lazat jika kita saluti nya dengan coklat dan taburan badam cincang.

Dibawah ini disertakan satu resepi kurma bersalut coklat, untuk dihidangkan pada tetamu semasa Hari Raya nanti.

1) Kurma Coklat Berinti Badam 

Bahan-bahan :

  • 150g milk compound chocolate (Beryl’s)
  • 20 biji buah kurma
  • 20 biji badam (dipanggang)
  • 25 gram badam cincang (dipanggang)

 

Cara membuatnya :

1. Buah kurma di belah di bahagian tepi (guna pisau kecil) dan dibuang bijinya.

2. Selitkan sebiji badam panggang kedalam buah kurma dan tutup kurma tu dengan menekan perlahan-lahan pada bahagian yang dibelah tadi. Buat begini sehingga habis.

3. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah “double boiler”. Kacau hingga coklat cair.

4. Selepas itu celup setiap kurma kedalam coklat cair.

5. Letakkan didalam mangkuk kertas kecil dan taburkan dengan badam cincang. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sehingga coklat keras sebelum dimasukkan dalam balang kuih.

Selamat Mencuba …..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 5 + 0

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck