MaterChefSelebriti

MasterChef Selebriti Malaysia

Program MasterChef Selebriti Malaysia adalah program yang merupakan program hiburan amal yang mana seramai 16 orang selebiriti Malaysia berentap untuk menyumbang wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal yang mereka wakili.

Sepanjang tayangan program ini di Astro Ria (tiap hari sabtu hingga selasa pukul 9 malam) selain hidangan menu masakan dari selebriti tanah air kita juga di hidangkan dengan drama selebriti di dalam program itu. Kita dihidangkan dengan ragam dan aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang telah bermula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) pada 26 Mei sehingga kini.

Program MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai 26 episod dan dah nak habis pun tayangannya.  Dengan penyingkiran Tomok (episode 22: tayangan pada 1 Julai 2012 – Ujian Sajian Pantas yang bertemakan masakan lempeng) maka barisan artis MasterChef Selebriti Malaysia kini tinggal hanya enam orang sahaja.  Mereka adalah seperti berikut :


Read more »

Brownies

Resepi Brownies

Siapa yang tak kenal brownies?  Ciri khas brownies adalah rasa coklat nya yang lazat, tekstur yang padat dan basah (moist), jika makan sepotong rasa nak makan lagi… Kek brownies walaupun dikukus atau pun dibakar dalam ketuhar, rasanya tetap lazat.

Sekarang terdapat banyak variasi brownies yang dijual di kedai kek.  Ada brownies yang divariasikan dengan beraneka macam bahan seperti keju, kismis, ceri, kekacang dan lain lain, sehingga menghasilkan brownies-brownies yang unik yang selalu menjadi idamam pengemar brownies.

Brownies dengan peanut butter

Brownies berasal dari Amerika Syarikat.  Nama ”brownies” diambil dari “the deep brown color of cookie”. Brownies berwarna coklat tua kehitaman.

Dari cerita yang banyak beredar tentang asal usul brownies, konon pada awalnya ada seorang tukang masak (chef) yang terlupa memasukkan baking powder ke dalam adunan resepi kek coklat.  Setelah dibakar dalam ketuhar kek tersebut menjadi bantat dan tekstur kek tersebut menjadi padat dan basah. Akan tetapi rasa kek tersebut amat lah lazat sekali. Dengan ini lahirlah brownies yang menjadi kegemaran orang ramai di awal tahun 1897.

Read more »

Langsingkan Badan Anda

Mahu kah anda jadi gemuk begini?

Sara Agintas

Sara Agintas, 43 tahun dari Britain dan ibu kepada 6 orang anak mengeluh : “Saya tak boleh bekerja kerana saya terlalu gemuk dan kerusi pejabat tak muat dengan badan saya yang besar. Saya tak dapat berdiri lama, saya hanya boleh berdiri selama 2 minit saja.”

Berat badan Sara Agintas sekarang telah mencecah 209 kg dan akibat dari kegemukan itu beliau sekarang mengalami penyakit arthritis, diabetes, darah tinggi dan asthma. Ini semua berlaku akibat dari mengambil makanan kurang sihat yang beliau amalkan selama ini.

Read more »

Resepi Kek Coklat Dr Ezani

Seperti yang telah kita ketahui Dr.Ezani adalah juara MASTERCHEF MALAYSIA (MCM) untuk season pertama. Selepas dua bulan diangkat sebagai juara sulung MasterChef Malaysia, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto mengakui kehidupannya sudah banyak berubah.

Katanya, sebelum dia menyertai program realiti masakan popular dunia itu, dia begitu mudah untuk bergerak ke mana sahaja tanpa ada yang mengenali.

Namun, kini segala-galanya berubah sekelip mata. Dr. Ezani sendiri memberitahu dia perlu mengambil masa untuk mengadaptasi kepada kehidupan barunya sebagai seorang selebriti.

Dr Ezani

 

Read more »

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck