Resepi Mee Hoon Goreng

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Meehoon Goreng

Berikut adalah resepi meehoon yang sangat mudah di buat :

Resepi Mee Hoon Goreng

1 peket (400g) mee hoon – (rendam beberapa ketika dengan air sejuk dan toskan)

¾ cawan minyak masak

 Bahan tumis (A):

1 ½ biji bawang besar (di blend)

2 ulas bawang putih (diblend)

Bahan (B)

1 ½ sudu besar cili kisar

Bahan (C ):

3 sudu besar taucho

4 sudu besar sos tiram

3 sudu besar kicap lemak masin

5 sudu besar kicap lemak manis

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos cili

 Hiasan:

3 keping tauhu (digoreng – kemudian dipotong kecil)

Taugeh

Kucai & daun bawang

Cili merah –dihiris

2 biji telur (di buat dadar nipis, digulung kemudian dipotong nipis)

24 ekor udang – dicuci bersih & dibuang kepala/kulit tapi tinggalkan bahagian ekor – sapu dengan sedikit kunyit & garam kemudian di goreng

Stok udang:

1 ½ cawan kulit udang (yang dikupas dari 24 ekor udang tadi)

1 ½ cawan air (letak ½ sudu teh garam untuk rebus kulit udang – rebus dalam masa 10 minit)

 

Cara membuatnya:

1) Panaskan minyak & tumis bahan tumisan (A) hingga kekuningan & naik bau.

2) Masukkan cili kisar – bahan (B) & tumis hingga cili garing sedikit.

3) Masukkan semua bahan-bahan (C ) dan kacau rata.

4) Masukkan separuh stok udang dan gaul rata.

5) Masukkan bihun dan gaul rata.  Tambah lagi stok udang jika perlu.

6) Akhir sekali masukkan taugeh, daun  kucai dan udang goreng dan gaul rata.

6) Bila dah agak kering angkat dan isi kedalam mangkuk dan hias ikut suka.

Nota: Mee Hoon ini tidak pedas dan sesuai dijamu untuk seisi keluarga termasuk untuk kanak-kanak yang tak tahan pedas.

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 4 + 8

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck