Resepi Cupcake Pisang dan Khasiat Pisang

Cupcake hiasan

Pisang merupakan sumber yang baik bagi vitamin B6, sejenis vitamin yang penting bagi system saraf yang sihat dan kulit yang sihat.

Pisang amat baik untuk makanan awal bayi kerana pisang  mudah dicerna, dan tidak mungkin akan  menghasilkan alahan.  Pisang  kaya dengan sumber protein dan juga mengandungi lapan asid amino paling penting yang diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi .   Kesemua zat makanan ini membantu menyihatkan jantung, system saraf dan buah pinggang bayi.

Berbagai bagai resepi makanan boleh dibuat dengan pisang.  Antara resepi keluarga adalah pengat pisang, jemput-jemput pisang, pisang goreng, lempeng pisang dan juga kek pisang.  Scroll kebawah utuk melihat resepi cupcake pisang.

khasiat pisang

Pisang

Terbayang betapa sedapnya makan pengat pisang atau kek pisang.   Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. (terdapat 25 gram gula bagi setiap 126 gram pisang).

Khasiat pisang:

1. Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Sumber : wikepedia

Jom lihat resepi cupcake pisang dibawah ini:

Resepi Cupcake Pisang

Bahan bahan:

1 cawan gula caster
¾ cawan mentega
2 biji telur
3 biji (320g) pisang masak (hancurkan)

2 sudu makan susu segar
1 sudu teh baking soda

1 sudu teh esen vanila

1 ¾ cawan + 2 sudu makan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Cara Membuat:

1. Putar mentega dan gula hingga kembang dan gebu.

resepi cupcake
Bahan bahan dan adunan cupcake pisang

2. Masukkan telur dan pisang dan gaul sebati.

cupcake
Gaul telur, pisang dan adunan mentega. Masukkan juga baking soda dan tepung

3. Gaul susu bersama baking soda dan tuangkan kedalam adunan mentega. Masukkan juga esen vanila dan gaul sebati.

4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder. (Guna spatula atau sudu kayu untuk mengaul tepung).

5. Tuang sebanyak satu sudu makan adunan kedalam cupcake cases.

cupcake
Bakar dalam oven. Siap.. dah habis makan 2 biji sebelum sempat hias dengan icing..

6. Bakar pada suhu oven 180 deg C selama 20 – 25 minit.

7. Sejukkan. Hias dengan buttercream ikut cita rasa sendiri.

cupcake

Cupcake berhias icing

cupcake vanila

Cupcake icing vanila

 

 

 

 

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 5 + 8

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck