Rahsia Wajah Kembali Muda dan Tegang

Carol McGiffin berusia 51 tahun, saorang panel hakim rancangan TV di London sekarang kelihatan muda dan yang jelas sekali kulit muka beliau kelihatan licin dan menawan.  Kita tak akan percaya jika sebelum ini (bulan Jun yang lalu) muka beliau dipenuhi garisan kedutan (lihat gambar sebelum rawatan).  Apa kah rahsianya?

Carol sekarang

Wajah baru Carol

Setelah didesak Carol akhirnya mendedahkan jawapan kepada misteri wajah beliau yang kelihatan muda dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Carol menceritakan bahawa sejak beberapa bulan yang lalu, beliau telah menjalankan beberapa sesi rawatan muka melalui CACI (Computer Aided Cosmetology Instrument).  CACI adalah satu rawatan muka (facelift) tanpa pembedahan.  Melalui mesin CACI otot muka akan diberi sedikit “senaman otot” untuk mengurangkan kedutan dan melicinkan garis-garis halus dan kedutan dan mencegah kulit dari menjadi kendur.

Carol - sebelum

Wajah carol sebelum rawatan

Setelah menjalani rawatan tersebut beliau hanya berdiam diri untuk melihat reaksi kawan kawan.  Jika tiada respon bermakna rawatan ini gagal dan jika ramai yang bertanya akan perubahan wajah beliau maka rawatan ini memang berkesan dan berjaya.  Sudah tentunya ramai yang telah bertanya beliau akan perubahan muka yang ketara muda dan berseri.

Selain itu Carol juga menggunakan produk penjagaan kulit muka oleh Murad.  Carol menggunakan Produk Murad “anti-penuaan”, termasuk krim dan serums yang diguna pada waktu malam.  Set ini berharga £85 -£110 (RM417 – RM540) untuk bekalan 60 hari.

Program CACI terdiri daripada sesi rawatan mingguan yang memberi tumpuan pada kawasan mata dan kesan “facelift” keseluruhan, diikuti dengan “follow-up” bulanan.  Kos rawatan “facelift” sebanyak 10 kali rawatan menelan belanja sebanyak £750 (RM3,680).

 

Komen saya :   Sesiapa yang teringin nak buat rawatan guna mesin CACI kena lah pergi London, kat Malaysia mungkin belum ada kot.  Kos rawatan “follow-up” nanti juga akan mencecah ribuan ringgit.  Kalau macam ni saya guna rawatan urut muka biasa biasa je lah.  Nampak gaya lepas baca atikel ni ramai yang akan pergi ke salon Murad nak dapatkan serum dan krim anti penuaan …hee..hee..

 

Sumber atikel : dari internet

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 5 + 9

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck