Membaca Al Quran Dengan Quran Digital

Assalaamualaikum,

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran dan umat Islam dianjurkan agar membaca Al Quran, dan berkumpul dalam majlis Al Quran dalam bulan Ramadhan. Dianjurkan pula untuk memperbanyak membaca Al Quran di malam hari. Kita perlu sentiasa berazam untuk sentiasa membaca Al Quran tiap hari.  Baca sekurang-kurangnya dua mukasurat atau empat mukasurat.

mengaji al Quran

 

Banyak kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam Islam. Kitab suci Al Quran yang menjadi panduan hidup kita diturunkan di dalam bulan mulia ini. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar”. (al-Qadr: 1)

iqra

Menghadapi bulan Ramadhan memerlukan persiapan mental dan spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan. Ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada kegiatan puasa itu.

Oleh itu adalah sangat digalakkan bagi ibu bapa mengajar anak-anak membaca dan menghafal Al-Quran seawal mungkin, sepertimana yang telah dilakukan oleh para sahabat, tabiin dan tabi’-tabiin di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Iqra

Sempena Ramadhan yang mulia ini sama-sama kita perbanyakkan membaca Al-Quran. Bagi sesiapa yang sedang mencari alatbantu untuk mempelajari Al-Quran atau membaiki bacaan Al-Quran, maka produk Digital Al Quran MyQalam ini amat sesuai buat mereka.

Dapatkan keterangan lanjut tentang set Quran digital MyQalam.  (Harga khas untuk bulan Ramadhan RM290).  Selepas itu harga akan dinaikkan kepada RM310.

Revolusi terkini teknik pembelajaran Al-Quran, menjadikan pen pembaca Al-Quran sebagai alat pilihan untuk mempelajari dan menghayati Al-Quran dengan lebih berkesan. Pemilihan fungsi boleh dilakukan melalui sentuhan ikon di paparan setiap muka surat selain daripada menekan butang fungsi pada pen.

Al Quran dan pen Quran

Alat teknoloji ini sangat mudah digunakan dan tidak perlu pengalaman teknikal, hanya perlu meletakkan pen digital pada mana-mana surah yang diinginkan dan pen akan mengeluarkan bacaan. Teks Al-Quran pula dicetak kemas dengan menggunakan kertas berkualiti.

Selain itu anda boleh memperbaiki bacaan dan mempelajari muqaddam, doa-doa harian dan bacaan solat. Anda juga boleh mengikuti bacaan secara perlahan, tidak perlu khuatir kerana pen ini turut berfungsi sebagai pemain MP3.

Dengan menyentuh mata pen pada mana-mana Ayat atau Surah, pembesar suara terbina dalam secara automatic akan mengeluarkan bacaan mengikut bacaan Qari yang telah dipilih. Nada dan kelajuan bunyi juga boleh dikawal.

Selain dapat mendengarkan bacaan Al Quran, ia juga dilengkapi dengan fungsi terjemahan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia.

Menggunakan bateri litium boleh dicas semula dan dilengkapi dengan sambungan USB.

Sila lihat keterangan dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi kandungan set Al Quran My Qalam:

Pakej Al Quran My Qalam ni diletak di dalam kotak dengan susunan yang kemas dan menarik.

Al Quran My Qalam

 

Di dalam kotak ni mengandungi senaskah Al Quran Digital, Read Pen, Charger, Earphone, Surah Index (Travel Card), Qaida Nooraina (booklet berisi doa harian, tunjuk ajar solat dan surah2 lazim).

Read pen berkuasa bateri boleh cas semula ini dapat bertahan selama seminggu sebelum perlu dicas semula, jika kita menggunakannya lebih kurang sejam sehari untuk membaca atau mendengar bacaan Al Quran.

Speaker pun mengeluarkan bunyi dengan jelas.

Hanya guna pen ini untuk menunjuk ayat yang ingin didengar/dibaca, akan kedengaran alunan bacaan Al Quran yang indah dari qari pilihan kita.

Kita boleh memilih untuk mendengar suara qari yang kita suka. Setelah mendengar bacaan tersebut, kita boleh terus memilih untuk mendengar terjemahan ayat yang telah dibaca.

Samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, terpulang kepada kita, yang mana kita fahami dengan lebih jelas.

Surah Index atau aku panggil ini sebagai travel kad, adalah kad bersaiz kecil yang boleh dibawa ke mana sahaja tanpa perlu membawa senaskah Al Quran. Cuma bawa ReadPen, earphone dan juga Surah Index ni, and boleh mendengar alunan bacaan AlQuran tanpa henti. Cuma tunjuk sahaja surah mana yang ingin anda dengari, tunjukkan dengan ReadPen, dan bacaan pun bermula.

Juga disertakan bersama pakej ni adalah Qaida Nooraina (booklet) yang mengandungi pelbagai ilmu tambahan kepada kita.

Jadi jangan tunggu lagi…sila buat tempahan sekarang juga disini .

booklet

Dapat mempelajari Iqra dan Tajwid, serta beberapa bacaan doa harian, beberapa surah lazim, sehinggalah kepada bacaan dalam menunaikan solat.

Tidak rugi  membeli Quran Read Pen ini. Dapat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 3 + 7

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck