Jalur Gemilang Percuma

 

Jalur Gemilang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara bulan depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata pengagihan bendera kebangsaan itu akan dilakukan di Stesen ERL di Kuala Lumpur dan di Stesen KL Sentral selepas mesyuarat kabinet Rabu depan.

“Perdana Menteri dan jemaah menteri akan akan menaiki ERL dari sini ke KL Sentral,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mengiringi Muhyiddin melihat contoh baju batik yang akan dipakai oleh para menteri pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan di stesen KL Sentral pada Rabu depan.

Rekaan baju batik itu merangkumi gabungan motif pelbagai kaum di Malaysia bagi menepati gagasan 1Malaysia.

Semua rekaan baju batik itu telah ditunjukkan kepada Muhyiddin sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.

- Bernama

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 3 + 7

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck