Barang Kemas “Elizabeth Taylor”

mutiara

mutiara

Satu acara jualan lelongan koleksi barang kemas mendiang Elizabeth Taylor akan  berlangsung selama dua hari pada bulan Disember ini, dan dijangka akan memperolehi sejumlah £20million dari hasil jualan ini nanti.

 

anting-anting

anting-anting berlian

Sebelum itu satu lawatan global akan dilakukan selama tiga bulan untuk  mempamerkan koleksi perhiasan yang dimiliki oleh pelakon itu, yang meninggal dunia pada umur 79 tahun.

set barang kemas

set barang kemas

Sejumlah 269 berlian, mutiara, delima, gelang, rantai dan tiara akan dijual, dan antaranya beberapa set perhiasan yang paling berharga dari Richard Burton.

tiara berlian

Tiara Berlian

“Ini adalah satu-satunya koleksi barang kemas yang terbesar pernah diadakan”, kata pengerusi Amerikas, Christie dan Presiden Marc Porter.
Koleksi ini kebanyakan sungguh menakjubkan, seperti berlian, permata, dan satu-satu jenis batu permata yang bersejarah yang tidak pernah  dilihat sebelum ini” katanya.

rantai berlian

Rantai Berlian

Antara koleksi mahal adalah batu serpihan-serpihan berlian berbentuk buah per yang dikenali sebagai La Peregrina, yang pernah dimiliki oleh Queen Mary of England yang juga dikenali sebagai ‘Bloody Mary’.

Pembida akan berpeluang membeli cincin berlian perkahwinan Elizabeth Taylor yang dianggarkan berharga £ 4,000 – £ 6,000.

Mike Todd, bekas suami Elizabeth Taylor, telah memberi hadiah berupa tiara bertatah berlian antik, yang dipakai pada tahun 1957 semasa  Anugerah Akademi, kini  telah dianggarkan akan mencapai harga lebih dari  £ 40,000 hingga £ 60,000.

Sebahagian hasil daripada pameran, acara dan penerbitan yang berkaitan dengan lelongan itu akan didermakan kepada Elizabeth Taylor Aids Foundation, yang telah diasaskan pada tahun 1991.

 

keronsang Bloody Mary

Keronsang Bloody Mary

 

 

cincin perkahwinan

Cincin Perkahwinan

 

 

 

 

 

Related Articles:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 4 + 8

CommentLuv badge

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck