OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Resepi Mee Hoon Goreng

Meehoon Goreng

Berikut adalah resepi meehoon yang sangat mudah di buat :

Resepi Mee Hoon Goreng

1 peket (400g) mee hoon – (rendam beberapa ketika dengan air sejuk dan toskan)

¾ cawan minyak masak

 Bahan tumis (A):

1 ½ biji bawang besar (di blend)

2 ulas bawang putih (diblend)

Bahan (B)

1 ½ sudu besar cili kisar

Bahan (C ):

3 sudu besar taucho

4 sudu besar sos tiram

3 sudu besar kicap lemak masin

5 sudu besar kicap lemak manis

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos cili

 Hiasan:

3 keping tauhu (digoreng – kemudian dipotong kecil)

Taugeh

Kucai & daun bawang

Cili merah –dihiris

2 biji telur (di buat dadar nipis, digulung kemudian dipotong nipis)

24 ekor udang – dicuci bersih & dibuang kepala/kulit tapi tinggalkan bahagian ekor – sapu dengan sedikit kunyit & garam kemudian di goreng

Stok udang:

1 ½ cawan kulit udang (yang dikupas dari 24 ekor udang tadi)

1 ½ cawan air (letak ½ sudu teh garam untuk rebus kulit udang – rebus dalam masa 10 minit)

 

Cara membuatnya:

1) Panaskan minyak & tumis bahan tumisan (A) hingga kekuningan & naik bau.

2) Masukkan cili kisar – bahan (B) & tumis hingga cili garing sedikit.

3) Masukkan semua bahan-bahan (C ) dan kacau rata.

4) Masukkan separuh stok udang dan gaul rata.

5) Masukkan bihun dan gaul rata.  Tambah lagi stok udang jika perlu.

6) Akhir sekali masukkan taugeh, daun  kucai dan udang goreng dan gaul rata.

6) Bila dah agak kering angkat dan isi kedalam mangkuk dan hias ikut suka.

Nota: Mee Hoon ini tidak pedas dan sesuai dijamu untuk seisi keluarga termasuk untuk kanak-kanak yang tak tahan pedas.

Khasiat Buah Kurma

Buah kurma memang penuh dengan khasiat. Buah kurma rasanya manis dan mengandungi karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Ia juga mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Oleh karena itu kurma amat sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan khasiat dari karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma.

Dengan memakan buah kurma semasa berbuka puasa tubuh akan mendapat tenaga segera dan Read more »

Membaca Al Quran Dengan Quran Digital

Assalaamualaikum,

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran dan umat Islam dianjurkan agar membaca Al Quran, dan berkumpul dalam majlis Al Quran dalam bulan Ramadhan. Dianjurkan pula untuk memperbanyak membaca Al Quran di malam hari. Kita perlu sentiasa berazam untuk sentiasa membaca Al Quran tiap hari.  Baca sekurang-kurangnya dua mukasurat atau empat mukasurat.

mengaji al Quran

 

Banyak kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam Islam. Kitab suci Al Quran yang menjadi panduan hidup kita diturunkan di dalam bulan mulia ini. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar”. (al-Qadr: 1)

iqra

Menghadapi bulan Ramadhan memerlukan persiapan mental dan spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan. Ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada kegiatan puasa itu.

Read more »

Dato’ Fazley Yaakob Juara Masterchef Selebriti

Dato’ Fazley Yaacob, 33, muncul sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia. Dia menewaskan 15 lagi selebriti lain, setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Dengan masakan ala barat citarasa dan gaya Paris, Dato’ Fazley berjaya memukau juri untuk bergelar Juara Masterchef Selebriti pertama berbanding Angah Raja Lawak dengan tema makanan Asianya.

Sebagai Juara Masterchef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob telah berjaya menyumbangkan RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya. Sementara Angah pula Berjaya menyumbang RM7,500 kepada Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil.

Dato Fazley menyatakan terima kasihnya kepada barisan juri iaitu Chef Joe, Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge sebagai juri jemputan pada episod akhir yang menilai masakannya sehingga diumumkan sebagai juara.

Read more »

Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck